Sunday 10 April 2011

Jawapan Untuk Soalan Survey



Sejauh manakah anda mengenal Allah. Jika benar anda cintakan Allah pernahkah anda terfikir. Kenapa Allah dipanggil Allah?

Kenapa kita memanggil Allah, Allah?

Dalam bahasa yang mudah difahami: 

(Kenapa kita memanggil tuhan kita Allah?)

Allah S.W.T dipanggil Allah kerana Allah memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W memanggil Allah, Allah . 

Ini jelas dinyatakan dalam firman Allah:Surah Al-Ikhlas: Ayat 1

قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa"

Kita sebagai umat akhir zaman, umat Nabi Muhammad S.A.W yg sentiasa mengikut sunnahnya, kita pun turut mengikut apa yg diperintahkan kepada Nabi Muhammad. 

Oleh sebab itulah, kita memanggil Allah, Allah. Kerana mengikut sunnah Nabi. Serta, kerana Allah memerintahkan begitu.

Mudah sahaja jawapannya. Tapi, adakah kita tahu selama ini? 

Jika ditanya tentang artis, semua kita tahu. Sehinggakan jenis darah Si Artis pun kita tahu.

Cuba bayangkan jika kita ditanya oleh orang bukan islam:

" Kenapa kamu panggil tuhan kamu Allah?"

Tak terjawab kita. Bukan setakat tak terjawab. Malahan, tak pernah terfikir pun semua tu kan? Yela sibuk fikir hal dunia. Sibuk kejar populariti. Sebenarnya populariti tu, kita tak kejar pun dia datang. Datang sebagai ujian (berdasarkan pengalaman).

Sebab itulah ana ingin berkongsi bersama pembaca sekalian.

Kita kata, kita cinta Allah. Tetapi asal usul namanya pun kita tak kenal. Tu, belum lagi ditanya. Apa maksud Allah?

Carilah jawapannya, supaya anda merasa apa yang sering ana fikirkan. Ana pun mula terfikir bila ada seorang insan menimbulkan persoalan ini. Bila menemui jawapannya pasti anda dapat merasakan kebesaranNya.

Tinta Kalam Syababuddeen  Assalamualaikum, Salam Ukhwah, Salam Taa'ruf, Salam Satu Malaysia...


No comments: