Monday 4 April 2011


Tinta Kalam Syababuddeen 
Assalamualaikum, Salam Ukhwah, Salam Taa'ruf, Salam Satu Malaysia...

They can't stop islam... So, lets bring back islam...
Persoalannya... Bagaimana?

Mulakan dengan melakukan perubahan pada diri. Itulah topik sebenar yg ingin ana bincangkan di sini. 

Bkn mudah utk melakukan perubahan. Itulah yg sering kita dengari. Biasalah tu. Iman kita ni bknnya iman para malaikat atau para rasul bahkan para nabi yg tidak krg. Naik trn itu lumrah dalam hidup makhluk yg bergelar insan. Krn insan itu sendiri berasal daripada perkataan "nisyan" yakni lupa.

Mari kita selami bersama bagaimana kisah penurunan al-quran...
Alquran diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan disampaikan melalui perantaraan Jibril A.S. Alquran diturunkan secara " Mutawatir" iaitu secara berperingkat-peringkat. Selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. 

Melalui kisah ini dapat kita fahamkan bahawa manusia tidak mampu utk menerima alquran secara sekaligus. Begitu jugalah kita dalam melakukan perubahan kepada diri. Lakukanlah secara berperingkat-peringkat.

Mulakan perubahan dgn perkara yg utama dalam Rukun Islam iaitu SOLAT.
Jikalau sebelum ini kita tidak pernah solat mulakan dgn solat walaupun satu waktu. Seeloknya mulakan dgn solat maghrib.

Jika kita sudah ckp solatnya, apa slhnya jika kita awallkan solat kita. Sentiasa berwaspada dgn waktu solat semasa. Lakukan dahulu selama seminggu. Kemudian cuba pula utk dua minggu. Jujurlah pada diri sendiri. Tanpa kita sedari sdh tiga minggu kita lakukan perubahan. Semasa melakukan perubahan, kuatkan semangat dgn sentiasa berzikir. 

Zikir itu sendiri membawa maksud INGAT. Tidak lain dan tidak bkn mestilah ingat kepada Allah. Ingatlah wahai sidang pembaca yg dirahmati Allah sekelian. Allah itu maha pemurah, kita ingat kepada Allah. Allah tidak akan lupa kpd kita. Selangkah kita cuba utk menghampiri Allah. Seribu langkah Allah hampir kepada kita.  Sentiasalah bersangka baik kepada Allah.

Sentuhlah hati kita dgn sentiasa mencari bahan-bahan ilmiah. 

AL -IMAM AL-SYAHID Hassan Albana pengasas gerakan ikhwanul muslimin menyusun AL-Ma'thurat. Al-Ma'thurat bermaksud amalan wirid, zikir dan doa yg berteraskan Alquran dan Assunnah yg diamalkan oleh Nabi S.A.W yg dikumpulkan oleh Hassan Albana utk menjadikan dirinya insan yg soleh. Kerana baginya, tanpa hubungan yg akrab dgn Allah, Jiwa akan menjadi keluh kesah kerana tiada kedamaian. 

(Membina Kekuatan Dalaman & Memeperteguhkan Benteng Luaran Agar Selamat Dari Segala Gangguan Zahir & Batin)

Sidang pembaca boleh mencubanya dgn mendalami makna yg tertulis bg setiap ayat dahulu. Cukup indah mksud-mksudnya. SubhanAllah. Cubalah hayatinya. Sgt kerdil diri ini bila memahami maksudnya.

Harus diingat, kita mempunyai senjata khas yg dikurniakan hanya kepada umat islam. Iaitu DOA. Sentisalah memohon, supaya Allah  meletakkan kita di dalam taufik dan hidayah Allah. Jgn hanya sibuk meminta utk duniawi. Dalam berdoa jgnlah kita lupa adab yg paling utama dalam berdoa. BERSUGGUH-SUNGGUH. 

Tinta Kalam Syababuddeen versi pertama mohon mengundur diri. Sebarang pertanyaan atau komen sgt dialu-alukan utk menaik taraf blog. Andai ada salah dan silap sama ada dari segi fakta atau kekasaran bahasa mohon dimaafkan. 

ABU BAKAR AS-SIDIQ:
Andai ada kesalahaku, tegurlah daku. 

 

2 comments:

Anonymous said...

nice video!! So spiritual

Syababuddeen said...

Thanks.. Muslimin and Muslimah must have this spirit..