Cara Rujukan Dari Bawah ke Atas
(Pelajaran Satu di bawah)
2-
Rongga Kerongkong.(الحَلْقُ).
- Ialah makhraj yang keluar daripada halqum atau kerongkong. Huruf-huruf (الحَلْقُ):
ء ه ع ح غ خ
- Bahagian (الحَلْقُ):
1- Pangkal Kerongkong.
2- Tengah Kerongkong.
3- Hujung Kerongkong.
1- Pangkal Kerongkong.
ء ه
Cara untuk menentukan bacaan ialah:
Dengan mematikan huruf-huruf (الحَلْقُ) di dahului dengan huruf berbaris.
2- Tengah Kerongkong.
ع ح
Cara untuk menentukan bacaan ialah:
Dengan mematikan huruf-huruf (الحَلْقُ) di dahului dengan huruf berbaris.
3- Hujung Kerongkong.
غ خ
Cara untuk menentukan bacaan ialah:
Dengan mematikan huruf-huruf (الحَلْقُ) di dahului dengan huruf berbaris.
Nantikan......
3-
Lidah (اللِّسَانُ)
18 Huruf
________________________________________________________________________________
Pelajaran kedua
Makhraj Huruf
Pengertian makhraj huruf:
Pada bahasa: Tempat keluar huruf
Pada istilah :
Tempat keluar Huruf Hijaiyah (هجائية).Yang membezakan
antara satu
huruf dengan huruf yang lain.
Huruf Hijaiyah: 28 Huruf
(setiap hurufnya mempunyai
makhraj tersendiri).
ا
ب ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ ف ق ك ل م ن و ه ء ي
Bahagian
Makhraj Huruf
Makhraj
Huruf terbahagi kepada lima iaitu:
1-
Rongga Mulut. (الجَوْفُ).
2-
Rongga Kerongkong.(الحَلْقُ).
3-
Lidah (اللِّسَانُ).
4-
Dua Bibir. (الشَّفَتَانِ/الشَّفَتَيْنِ).
5-
Rongga Hidung. (الخَيْشُومُ).
________________________________________________________________
1- Rongga Mulut. (الجَوْفُ).
Ialah makhraj yang keluar daripada rongga kerongkong ( 2 )
hingga rongga mulut ( 1 ).
Huruf-huruf (الجَوْفُ):
ا و ي
Huruf Mad
·
Ketiga-tiga huruf ini berakhir dengan hembusan udara,
daripada paru-paru, melalui saluran angin daripada rongga kerongkong hingga
rongga mulut.
(Lihat rajah untuk lebih faham)
Huruf Alif ( ا ) .
Huruf Wau ( و ) .
Huruf Ya ( ي ) .
·
Sebab itulah huruf mad(ي,و,ا) dibaca dua harakat. Kerana, untuk memberi laluan kepada hembusan angin.
Kesimpulan (الجَوْفُ):
-
الجَوْفُ hanya melibatkan huruf mad.
Iaitu huruf (ي,و,ا) yang
tidak berbaris sahaja.
Nantikan......
2-
Rongga Kerongkong.(الحَلْقُ).
( ( ء ه ع ح غ خ
________________________________________________________________________________
Pelajaran Pertama
Mengenal
Ilmu Tajwid, Hukum dan Tujuan Mempelajarinya
1.
Pengertian Ilmu Tajwid
Tajwid
Pada
lughah (bahasa) : Memperbaiki
Pada
istilah pula : Menuturkan setiap
huruf dari tempat keluarnya
(makhrajnya), yang betul serta memenuhi hak-haknya
yang asal dan mustahaknya yang mendatang.
2.
Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid
Hukum
· Fardhu Kifayah dalam sesebuah
jemaah.
· Fardhu Ain bagi orang yang mengamalkannya dan membacanya.
3.
Tujuan Mempelajari Ilmu Tajwid
Agar
dapat membaca ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan fasih sesuai dengan yang diajarkan
Rasulullah S.A.W serta dapat memelihara lidah daripada kesalahan ketika membaca
Al-Quran.
وَرَتِّلُ
الْقُرْأَنَ تَرْتِيْلَ
BACALAH
ALQURAN DENGAN BACAAN YANG TARTIL(bertajwid).
Kesimpulan Pelajaran
Pertama:
- Ramai yang memandang remeh pengertian, hukum dan tujuan mempelajari
ilmu tajwid.
- Mereka sibuk hendak mempelajari ilmu tajwid tetapi asasnya mereka tidak
mahu mengambil tahu.
- Bukankah tidak kenal, maka tidak cinta. Setiap huruf mempunyai haknya.
Jadi pelajarilah ilmu tajwid untuk menunaikan hak-hak huruf. Supaya,
huruf-huruf ini tidak menuntut haknya di akhirat kelak.
Nantikan......
Pelajaran KEDUA
Makhraj Huruf
4 comments:
This site look interesting. Can you make it into the intenational language.
Why no u just use Google Translater..
suke..!!harap cepat msukkan smbungannya dgn pengisian yg lbih mntap dan mudah difahami semua.. :)
As salam, ada terbitkan bk x? Nk beli....
Post a Comment