Tuesday 19 April 2011

Apakah yang ditakuti oleh musuh kita?

Tinta Kalam Syababuddeen  

Assalamualaikum, Salam Ukhwah, Salam Taa'ruf, Salam Satu Malaysia...

 Apakah yang ditakuti oleh musuh kita?

Itulah tajuk perbincangan kita pada pertemuan ini. 

Musuh yang dimaksudkan di sini bukanlah seperti yang anda fikirkan. Tetapi, musuh bagi anak-anak Adam. Iaitu: iblis, syaitan jin dan konco-konconya.

Telah menjadi adat bagi kita, apabila ketakutan meletakkan Yaasin di bawah bantal. Menghiasi rumah dengan ayat-ayat alquran dan sebagainya dengan harapan dapat menghalau makhluk ini daripada mengganggu atau memasuki rumah kita.

Sedarlah sahabat.

Makhluk-makhluk ini tidak takut kepada naskhah alquran mahupun naskhah Yaasin. Jadi apakah yang ditakuti oleh musuh kita?

MEREKA YANG MENGAMALKAN ALQURAN dan ISI KANDUNGANNYA

Itulah kunci untuk menghalang musuh kita daripada mendekati mahupun menguasai kita. Membaca alquran sahaja tidak cukup untuk menjadikanNya senjata untuk melindungi kita. Tetapi, kita juga perlu mengamalkan alquran dalam kehidupan seharian kita.

Membaca + Menghafaz = Mengamalkan

Membaca + Berdoa (ayat alquran) = Mengamalkan

Membaca + Mengkaji = Mengamalkan 

Membaca + Mengamalkan Hukum Dalam Alquran (buat disuruh, tinggal apa dilarang)* = Mengamalkan

Membaca + Menghafaz + Amalkan Dalam Solat = Mengamalkan

Terdapat pelbagai cara lagi untuk kita mengamalkan alquran dalam kehidupa seharian kita.

Tunaikanlah hak-hak alquran seperti khatam alquran dua kali setahun dan memaca alquran SEKURANG-KURANGNYA 100 ayat sehari. Jika tidak mampu buatlah sekadarnya. Islam itu agama yang mudah.

* Ramai yang menganggap meninggalkan yang haram itu sudah cukup untuk memenuhi apa yang disuruh dan menunaikan Rukun islam itu sudah cukup sebagai buat apa yang diperintahkan. Sebenarnya masih belum cukup. Banyak lagi yang belum ditunaikan dan boleh ditunaikan. Teruskan mencari, selangkah kita dekat kepada Allah, seribu langkah Allah mendekati kita.

ABU BAKAR AS-SIDIQ:
Andai ada kesalahaku, tegurlah daku.

No comments: