Monday 9 May 2011

Jangan Pandang Sebelah Mata.


Tinta Kalam Syababuddeen  

Assalamualaikum, Salam Ukhwah, Salam Taa'ruf, Salam Ukhwafillah...


Bertemu kembali, dalam satu topik yang baru iaitu Jangan Pandang Sebelah Mata. Sebelum berbicara dengan lebih lanjut Syab ingin menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan kepada sahabat-sahabat pembaca kerana Syab terlalu sibuk menyelesaikan urusan dunia. Sehinggakan tiada masa untuk meluangkan masa bersama pembaca yang DAHAGAKAN ilmu Allah.(yelah blog ini untuk yang dahagakan agama). Syab cakap begini kerana terdapat beri-ribu blog lagi diluar sana. Hanya yang dahagakan ilmu agama akan mencari blog seperti ini.

Sebelum terlajak lebih jauh ayuhlah kita kembali kepada topik.
Ape yang ''Jangan Pandang Sebelah Mata" tu?

Mereka ialah golongan "Gelandangan". Baru-baru ini Syab mengikuti Operasi Gelandangan yang bermula dari jam 08.00 mlm hingga 4.00 pagi. Ops. Gelandangan atau lebih dikenali sebagai "homeless" ini bertujuan memberi makanan kepada mereka. Mengikut fakta, disekitar K.L golongan ini seramai 2500 orang. 86% daripada mereka ialah orang Melayu.

Cuba kita bayangkan,sanggup kita biarkan saudara kita kelaparan dan tidur dalam berpeleseran di kaki-kaki lima? Bukankah umat islam itu bersaudara? Bagaimana dengan pakaian mereka? Makan minum mereka? Kesihatan mereka? Ape yang paling penting ialah, bagaimana dengan solat mereka?

Ape yang operasi ini tekankan ialah cuba mengubah persepsi masyarakat. Masyarakat kita memandag serong terhadap golongan ini. Mereka menganggap golongan ini terdiri daripada golongan penagih dadah, pelaacur dan sebagainya. Lebih  teruk lagi ada yang apabila lalu di sebelah golongan ini, mereka melemparkan kata-kata kesat seperti : " Tulah, masa kecik malas belajar ". Kita tak tahu kisah mereka, wajarkah kita meletakkan mereka dalam golongan seperti itu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang Syab boleh katakan. Di sini Syab ingin ceritakan beberapa kisah, setelah Syab meng"interview"(hehe) beberapa Gelandangan dan kisah-kisah daripada NGO yang telah lama berkeccimpung dalam operasi ini.

Ada dalam kalangan mereka ialah pelajar. Pelajar cemerlang yang mendapat tawaran belajar dalam ijazah kedoktoran. Datang daripada kampung bersama sijil-sijil. Tiba di stesyen bas, dokumen-dokumen berserta barang-barang berharga diugut dan dirampas oleh penjenayah. Budak kampung yang tak tahu ape2, ke manalah dia hendak pergi. Nak ke balai polis  tak tahu jalan. Nak bertanya, orang tak layan. Macam-macam cara dia boleh lakukan tapi kalau Allah tak nak tolong macam manakan, Lihatlah sehebat manapun kita, dalam sekelip mata Allah boleh jatuhkan kita. Maka berpeleseranlan pelajar ini di tepi jalan.

Ada juga dalam kalangan mereka ini, eksekutif petronas. Yang mengalami masalah mental setelah diceraikan oleh suami.

Ada juga yang baru sahaja tiga hari berada di situ. Pak Talib. Masih jelas dalam ingatan Syab. Pak Talib mencari anaknya di bandar tetapi tidak ketemu. Wang untuk pulang sudah kehabisan. Akhirnya berpeleseran bersama golongan gelandangan dan mengemis. Ya Allah jauhilah daku daripada menjadi anak derhaka.

Kebanyakannya datang untuk mencari kerja tetapi dihalang dan diuji dengan berbagai masalah. Mereka bukanlah pendatang asing, mereka daripada Kelantan, Johor dan sebagainya. Dan jangan terkejut, ada juga dalam kalangan mereka fasih berbahasa inggeris. Wajarkah kita mengecop mereka sebagai penagih, pelacur dan golongan malas belajar?

Cuba kita fikirkan mengapa Allah memilih mereka untuk tergolong dalam golongan ini? Kenapa bukan kita? 

Ternyatalah, supaya kita menjadi golongan yang bersyukur, serta golongan yang membantu mereka, Sudahkah anda membantu mereka? Kalau belum, bagaimana?
Mudah sahaja, bantulah Syab memberitahu rakan-rakan anda dan ahli keluarga bahawa mereka ini bukan golongan penagih atau pelacur. Mereka cuma, tidak bernasib baik seperti kita. Selain itu, berdoalah untuk kesejahteraan mereka. 

Mereka yang hanya berdoa untuk kesejahteraan diri dan keluarga sahaja tetapi tidak mendoakan untuk muslimin dan muslimat yang lain tergolong dalam golongan yang zalim.

Jika anda sukakan cabaran seperti Syab, sertailah NGO tertentu yang sentiasa menjalankan aktiviti keagamaan. Dulu Syab aktif dalam rakan muda, terutama rakan muda wajadiri. Yang Syab peroleh kawan, pengalaman dan aktiviti mencabar. Tapi, bila bersama IMQ Syab peroleh lebih daripada tu. Iaitu, Keinsafan dan Rasa Syukur. Dan inilah yang perlu kita cari, kerana ia akan sentiasa mengingatkan kita. Kitakan manusia yang sentiasa perlu diperingatkan. 

Di saat rasa jauh ngan Allah, aktiviti seprti ini mendekatkan balik Syab dengan Allah. 

"Jangan Pandang Sebelah Mata" akan kehadiran mereka. Mereka cumalah insan yang tidak bernasib baik.

Sampai di sini saja pertemuan kita.


No comments: