Wednesday 24 August 2011

Ayuh Nikmati Solatmu

Tinta Kalam Syababuddeen  

Assalamualaikum, Salam Ukhwah, Salam Taa'ruf, Salam Ukhwafillah...



                                  ERTI BACAN DALAM SOLAT

Begitulah tajuk, begitulah nada, begitulah rentak perbincangan kita di pertemuan ini.
Syab ingin mengajak pembaca menikmati solat melaui memahami dan mengingati erti bacaan dalam solat. Jika lagu raya dan balik kampung boleh kita ingati, kenapa tidak kita wujudkan sedikit ruang untuk memori kita menghafaz Erti Bacaan Dalam Solat.

Erti Doa Iftitah:
Allah Maha Besar, sebesar-besarnya. Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyakknya. Dan Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada yang menjadikan langit dan bumi. Aku cenderung berserah diri kepada Allah; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku, aku serahkan hanya kepada Allah, Tuhan yang mentadbir sekelian alam. Sekali-kali tidak ada sekutu bagi-Nya; dan dengan demikian aku diperintahkan; dan aku adalah dari golongan orang-orang islam.


Erti Bacaan Ruku':
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung dengan segala kepujian-Nya.


Erti Bacaan I'tidal:
Allah mendengar orang yang memujinya-Nya. Wahai Tuhanku, bagi-Mu segala pujian.


Erti Bacaan Sujud:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dengan segala kepujian-Nya.


Erti Bacaan Duduk Antara Dua Sujud:
Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, dan angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, dan berilah aku petunjuk, dan sihatkanlah aku dan ampunilah daku.*

*(Cukup indah jika kita jadikannya sebahagian daripada koleksi doa kita selepas solat. Masya-Allah.)


Erti Bacaan Tahyat Awal:
Segala kehormatan, kelimpahan, kebahagiaan dan kebaikan bagi Allah. Kesejahteraan, rahmat Allah dan berkatnya tetap kepadaMu wahai Nabi. Kesejahteraan juga semoga tetap kepada kami dan ke atas hamba Allah yang salih-salih. Aku bersaksi dan mengaku bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah. Ya Allah, kurniakanlan kesejateraan ke atas Nabi Muhammad S.A.W.


Erti Bacaan Tahyat Akhir:
Seperti bacaan Tahiyat Awal dan disambung seperti berikut:


Dan ke atas keluarga Nabi Muhammad S.A.W. Sebagaimana Engkau telah kurniakan rahmat ke atas Nabi Ibrahim. Dan berkatilah Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga Nabi Muhammad S.A.W; sebagaimana Engkau telah memberkati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Di seluruh alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia.


Erti Bacaan Salam Pertama dan Kedua:
Selamat sejahtera ke atas kamu dan semoga dirahmati Allah.


Erti Bacaan Takbir: 
Allah Maha Besar.


Erti Bacaan Ta'awuz:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.


Erti Bacaan Amin:
Ya Allah, perkenankanlah permohonan hamba-Mu.


Erti Doa Qunut:
- Ya Allah Tunjukkanlah aku sebagaimana orang yang Engkau beri petunjuk.
- Dan sihatkanlah aku sebagaimana orang yang Engkau beri kesihatan.
- Dan berikanlah aku kekuasaan sebagaimana orang yang Engkau beri kekuasaan.
- Dan berkatilah segala apa yang Engkau berikan kepada aku.
- Dan lingdungilah aku dari kejahatan(bahaya) yang telah Engkau pastikan.
- Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan tidak ada sesuatu yang meng hukum ke atas Engkau.


- Dan sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau beri kekuasaan(kemuliaan).
- Dan tidak akan mulia orang yang Engkau murkai(murkai).
- Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi(kemuliaan-Nya).
- Maka segala pujian semata-mata bagi Engkau atas segala yang Engkau tentukan. 
- aku memohon ampun kepada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.


Dan semoga Allah limpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad S.A.W serta kaum keluarganya dan para sahabat sekalian.

InsyaAllah, bagi yang sudah menghafaz, suka ingin Syab mengingatkan kembali.

ABU BAKAR AS-SIDIQ:

Andai ada kesalahaku, tegurlah daku.

Wednesday 8 June 2011

10 Jenis Orang Islam Yang Kejam



Assalamualaikum, Salam Ukhwah, Salam Taa'ruf, Salam Ukhwafillah...

10 jenis orang islam yang kejam. Begitulah topik kita pada pertemuan ini. Kejam yang dimaksudkan tidaklah seperti yang anda sangkakan, tetapi kejam kepada sesama muslim. Di sini juga Syab senaraikan beberapa mereka yang kejam selain daripada kejam kepada sesama muslim.
     
      Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri sahaja.


Seorang yang pandai membaca alquran, tetapi tiap hari tidak membaca seratus ayat sehari.


Seorang yang masuk Masjid tetapi tidak menunaikan 2 rakaat solat sunat. (Solat sunat tahiyyatul Masjid).


Seorang yang berjalan melalui kuburan tetapi tidak memberi salam kepada ahlinya. Serta mendoakan mereka.


Seorang yang sampai di sesuatu kawasan pada hari jumaat tetapi tidak menunaikan solat jumaat.


Seorang yang di daerahnya didatangi orang a’lim tetapi tidak mahu mempelajari apa-apa daripadanya.


Dua orang yang bertemu di jalanan tetapi tidak bertegur sapa. (Beri salam).


Seorang yang diundang pada jamuan dan sengaja tidak hadir.


Pemuda yang tiada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.


Seorang kenyang tetapi membiarkan tetangganya kelaparan sedang dia mengetahuinya.